
MAAHAD AL IMAN : PERLU DEWAN UNTUK PEPERIKSAAN SPM FEBRUARI 2023
Bantu Bina Dewan Untuk Kegunaan Anak Tahfiz
"Tak sabarnya nak guna dewan baharu, mesti tak panas dan senang nak buat aktiviti nanti,".
Mungkin ini antara impian puluhan anak tahfiz yang berjihad untuk mencari serta mendalami ilmu keagamaan di Maahad Al-Iman yang terletak di Kuala Ketil, Kedah ini.
Namun disebalik keterujaan itu, pembinaan tersebut terpaksa dihentikan dan mungkin menyebabkan anak-anak tahfiz ini menjawab peperiksaan dalam keadaan berterabur sekaligus menjejaskan konsentrasi mereka ketika menjawab peperiksaan, nanti.
Sayangnya pembinaan dewan ini terhenti walaupun hanya tinggal 30 peratus sahaja lagi untuk disiapkan dan boleh dimanfaatkan oleh ratusan anak tahfiz Maahad Al-Iman ini.
Pembinaan Dewan Maahad Al Iman Li Ulumil Quran adalah untuk kegunaan aktiviti harian para pelajar seperti :
- kelas Al Quran
- peperiksaan SPM
- ceramah
- motivasi
- acara-acara sambutan hari-hari kebesaran Islam
Memandangkan peperiksaan SPM akan bermula pada bulan Februari 2023, dewan ini wajib disiapkan pembinaan untuk tujuan tersebut.
"Kami dengan rendah diri memohon bantuan dan simpati tuan puan yang dermawan untuk menyumbang dan berwakaf bagi menyiapkan pembinaan dewan ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan membalas jasa baik penyumbang sekalian,".